Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 15.00
Harga Let Go: RM 8.00 - SOLD
Sinopsis :
Rasa kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Pencaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.
Mereka menjadikannya kambing hitam. Dia benar2 dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang2an dan terancang. Maruah dirinya diinjak2!
Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang terpendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan ditempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.
No comments:
Post a Comment