Monday, 6 June 2011

Janjiku Bersamamu - Aleya Aneesa


Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 19.90
Harga Let Go : RM 12.00

Sinopsis :

Dalam hidup ini, manusia sering diberi banyak pilihan untuk meniti lorong2 kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rasyda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia ada hanya Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi, siapa yang mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu mencari kebahagiaan yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar2 menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar dari kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi, sekuat manapun, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mepermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya, " Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia hanya ingin mengukuh janji? Dan kebahagiaan... Benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

No comments: