Terbitan : KarnaDya
Harga Asal : RM 18.90
Harga Jual : RM 12.00
Sinopsis :
Rachel dan kawan2 nya tidak ghairah untuk dating ke majlis perkahwinan emma. Bukannya apa, kerana mereka menyampah betul dengan bakal suami Emma. Perangainya macam monyet. Entah apalah yang dipandang si Emma. Jadi apabila pada pagi majlis perkahwinan itu, tiba-tiba sahaja lelaki itu ditemui mati, x ada sesiapa pon yang bersedih, termasuklah si Emma!
Rachel yang terjumpa mayatnya terapung di dalam kolam renang, berasa seolah-olah berada dalam novel misteri Agatha Christie. Nampaknya, sesiapa sahaja yang ada di kelilingnya mempunyai motif tertentu untuk membunuh lelaki itu. Kerana itu juga, semua tetamu termasuklah Emma, ahli keluarganya dan teman-teman, ditahan oleh pihak polis bagi tujuan siasatan. Sementara itu pula, Rachel seorang pelabur bank, berlagak sebagai Miss Maple seperti dalam novel itu, untuk tumpang menyiasat kes pembunuhan yang terjadi.
Bertambah rumit, apabila Peter Forrest, ‘best man’ yang kelihatan macam baik itu, mula menjadi lelaki kesayangan Rachel, tetapi malangnya, dia juga merupakan suspek utama bagi kes pembunuhan itu. Rachel juga tak pernah lupa akan perjanjian yang pernah dibuat olehnya dan rakan-rakan kolejnya suatu ketika dahulu, di mana mereka telah berpakat untuk melindungi antara satu sama lain sekiranya ada apa-apa yang tak menyenangkan terjadi. Mungkinkah ada di antara mereka yang terlalu serius dengan perjanjian itu?
No comments:
Post a Comment