Saturday, 18 June 2011

Hanger Tudung Baru

Hanger tudung (BARU) untuk dijual. Sesuai untuk tudung2 berawning supaya awning x mudah rosak.


SET A

1 set RM 15.00
2 set RM 28.00
1 unit = RM 1.60

1 SET = 10 UNIT
 
Cangkuk besinye boley dipusing 360. klipnye boley diadjust ke kiri atau ke kanan if nak pendek or panjangkan. Hanger ni tahan lasak dan tahan lama.


 
SET B

1 set RM 13.00
2 set RM 24.00
1 unit = RM 1.40

1 SET = 10 UNIT

Sekiranya berminat untuk beli dengan kuantiti yang banyak (borong), sile email untuk dapatkan harga istimewa.

* HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

Prince Charming - Ratu Bulan


Terbitan : Fajar Pakeer
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00



Sinopsis :

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

* SEMUA HARGA YANG TERTERA TIDAK TERMASUK CAJ PENGHANTARAN

Syair Cinta - Intan Arnida


Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00



Sinopsis :

CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.

Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.

Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.

Cinta Si Kunang-Kunang - Nora Fuad

 
Terbitan : Karna Dya
Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 14.00 - SOLD


Sinopsis :

“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Dia tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.


Intan Irdina dan Intan Adeena, dua beradik kembar yang bukan sekadar berkongsi paras rupa tetapi juga rasa. Masing-masing sukakan benda yang sama dan inilah yang menyukarkan perjalanan cinta mereka. Siapa yang menyayangi siapa dan siapa pula yang akhirnya mendapatkannya

Pastinya hidup ini penuh dengan liku-liku, hanya si kunang-kunang yang mampu datang dan menerangi hati dan jiwa yang pernah terluka. Pun begitu, tidak mudah untuk mencari jawapan bagiu mengisi kekosongan. Apakah si usahawan tani itu, Dzar Salahudin mampu menawan hatinya semudah memanjat Gunung Kinabalu dan berjaya untuk membuat dia tersenyum semula? Atau mungkin kesan kasih lama tetap berpaut pada Adam Falqiss dan membuatkan si gadis tidak mampu berhijrah? Atau adakah jejaka yang ditemuinya di Bandaraya New York, Adi Faris menjadi pilihan hatinya?

Sama-samalah kita melayari kisah cinta ini yang membawa pembaca mengembara ke tempat-tempat menarik dan penuh dengan rasa romantik.

Sesuci Cinta - Aina Emir


Terbitan : KarnaDya
Harga Asal : RM 21.90
Harga Jual : RM 15.00



Sinopsis :

Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima seadanya.

Namun manusia ... sehebat mana pun merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah...?