Saturday, 18 June 2011

Ku bawa Hati Ini - Elis Mokhtar


Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00


Sinopsis :

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan.

Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya!

Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Kaca Jendela Ainnur - Diya Nordin


Penulis : Diya Nordin
Terbitan : Jemari Seni
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00



Sinopsis :

"Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik"

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.
Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

Minggu Haru Biru - Jennifer Sturman

Terbitan : KarnaDya
Harga Asal : RM 18.90
Harga Jual : RM 12.00



Sinopsis :

Rachel dan kawan2 nya tidak ghairah untuk dating ke majlis perkahwinan emma. Bukannya apa, kerana mereka menyampah betul dengan bakal suami Emma. Perangainya macam monyet. Entah apalah yang dipandang si Emma. Jadi apabila pada pagi majlis perkahwinan itu, tiba-tiba sahaja lelaki itu ditemui mati, x ada sesiapa pon yang bersedih, termasuklah si Emma!

Rachel yang terjumpa mayatnya terapung di dalam kolam renang, berasa seolah-olah berada dalam novel misteri Agatha Christie. Nampaknya, sesiapa sahaja yang ada di kelilingnya mempunyai motif tertentu untuk membunuh lelaki itu. Kerana itu juga, semua tetamu termasuklah Emma, ahli keluarganya dan teman-teman, ditahan oleh pihak polis bagi tujuan siasatan. Sementara itu pula, Rachel seorang pelabur bank, berlagak sebagai Miss Maple seperti dalam novel itu, untuk tumpang menyiasat kes pembunuhan yang terjadi.

Bertambah rumit, apabila Peter Forrest, ‘best man’ yang kelihatan macam baik itu, mula menjadi lelaki kesayangan Rachel, tetapi malangnya, dia juga merupakan suspek utama bagi kes pembunuhan itu. Rachel juga tak pernah lupa akan perjanjian yang pernah dibuat olehnya dan rakan-rakan kolejnya suatu ketika dahulu, di mana mereka telah berpakat untuk melindungi antara satu sama lain sekiranya ada apa-apa yang tak menyenangkan terjadi. Mungkinkah ada di antara mereka yang terlalu serius dengan perjanjian itu?

Realiti Kasih - Qursiah Hanum


Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 15.00
Harga Let Go: RM 8.00 - SOLD



Sinopsis :

Rasa kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Pencaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Mereka menjadikannya kambing hitam. Dia benar2 dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang2an dan terancang. Maruah dirinya diinjak2!

Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang terpendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan ditempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.

Monday, 6 June 2011

Kerana Kasihmu - Muhamad Tarmizi Hussin

Terbitan :Buku Prima
Harga Asal : RM 25.90
Harga Let Go : RM 18.00
 
 
Sinopsis :
 
Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Alillah ditempatkan di Rumah Berkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik-beradik. Setelah dewasa, masing2 membawa haluan dalam kehidupan penuh pancaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun, dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka, dia membawa diri pulang ke kampung di samping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar, Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakan Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah? 

Janjiku Bersamamu - Aleya Aneesa


Terbitan : Alaf 21
Harga Asal : RM 19.90
Harga Let Go : RM 12.00

Sinopsis :

Dalam hidup ini, manusia sering diberi banyak pilihan untuk meniti lorong2 kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rasyda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia ada hanya Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi, siapa yang mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu mencari kebahagiaan yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar2 menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar dari kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi, sekuat manapun, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mepermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya, " Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia hanya ingin mengukuh janji? Dan kebahagiaan... Benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

Gelak Tergolek - Wann Azlan


Terbitan : Kaki Novel
Harga Asal : RM 18.00
Harga Let Go : RM 11.00

Sinopsis :

Memaparkan kisah mamat sengal bernama Rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hati, Maimun. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum mendirikan rumahtangga dengan Maimun. Setelah berumahtangga, macam2 hal pula yang harus dihadapinya.

Bacalah kisah ini untuk mengetahui bagaimana Rahman menangani bapa mertuanya, Pak Brahim, adik iparnya, Imi si cilik yang keletah lagi pintar dan penduduk kampung.

Pasti anda akan gelak tergolek!

* Sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui kehidupan selepas berkahwin.....